Sunday, November 4, 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
LINUS (LITERASI)
Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Malaysia Tahun 1 Murni
Tema / Tajuk
Keluarga Huda
Masa
8.15 – 9.15 pagi
Kemahiran
4.1 , 5.1
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca lancar dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.
2. Membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan betul.
Aktiviti
1. Murid menyanyikan lagu Ibu Bapa Saya mengikut rentak lagu ‘Burung Kakaktua’.
2. Murid menamakan gambar yang dipamerkan oleh guru.
3. Murid mencerakinkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka secara kelas, kumpulan dan individu dengan betul berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
4. Murid melakukan latih tubi mengeja dan membaca perkataan suku kata terbuka secara kelas, kumpulan dan individu.
5. Murid membina dan menulis perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru.
EMK
Nilai murni - bekerjasama
Bahan Bantu Mengajar
Komputer, slaid power point, gambar-gambar tunggal, kad gambar, lembaran kerja.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Murid dapat membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.
Refleksi
·         25 daripada 30 orang murid dapat membaca dan membina perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.
·         5 orang murid terus dibimbing supaya dapat membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.

OBJEKTIF TAHUN 1




Pada akhir Tahun 1 murid-murid berupaya:
i. mengenal dan menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul;
ii. membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan betul;
iii. membina dan menulis suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tulisan yang kemas;
iv. membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul;
v. menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tulisan yang kemas;
vi. membaca perkataan yang mengandungi digraph dan diftong dengan betul;
vii. menulis perkataan yang mengandungi digraph dan diftong dengan betul dan tulisan yang kemas;
viii. membaca perkataan yang mengandungi vocal berganding dan konsonan bergabung dengan betul;
ix. menulis perkataan yang mengandungi vocal berganding dan konsonan bergabung dengan betul  serta tulisan yang kemas;
x. membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran dengan sebutan yang betul;
xi. menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran dengan betul;
xii. membaca rangkai kata dengan betul;
xiii. menulis rangkai kata dengan betul;
xiv. membaca ayat tunggal dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
xv. membina dan menulis ayat tunggal dengan betul  serta tulisan yang kemas.


Senarai KemahiranProgram LINUS Tahun 1




Di sini saya ingin tunjukkan senarai kemahiran program LINUS TAHUN 1
Senarai KemahiranProgram LINUS Tahun 1
1.0 Mengenal dan Menulis Huruf
1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a-z
1.2 Menulis huruf kecil a-z
1.3 Mengenal bentuk huruf besar A-Z
1.4 Menulis huruf besar A-Z

2.0 Membaca Suku Kata
2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV
2.2 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup  KVK
2.3 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup  KVKK
2.4 Membaca dan membunyikan suku kata yang mengandungi diftong
2.5 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi digraf

3.0 Membina dan Menulis Suku Kata
3.1 Membina dan menulis suku kata terbuka KV
3.2 Membina dan menulis suku kata tertutup KVK
3.3 Membina dan menulis suku kata tertutup KVKK
3.4 Membina dan menulis suku kata yang mengandungi diftong
3.5 Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf

4.0 Membaca Perkataan
4.1 Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV
4.2 Membaca perkataan mengandungi suku kata V+KV
4.3 Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV+KV
4.4 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVK+KV
4.5 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVKK+KV
4.6 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVK
4.7 Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KVK
4.8 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVK+KVK
4.9 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVK+KVKK
4.10 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVKK
4.11 Membaca perkataan mengandungi suku kata V+KVK
4.12 Membaca perkataan mengandungi suku kata V+KVKK
4.13 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVKK+KVKK
4.14 Membaca perkataan mengandungi suku kata VK+KVKK
4.15 Membaca perkataan mengandungi suku kata VK+KVK
4.16 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVKK +KVK
4.17 Membaca perkataan mengandungi suku kata KV +KVKK
4.18 Membaca perkataan mengandungi diftong
4.19 Membaca perkataan mengandungi digraf
4.20 Membaca perkataan mengandungi vokal berganding
4.21 Membaca perkataan mengandungi konsonan bergabung
4.22 Membaca perkataan mengandungi kata imbuhan

5.0 Membina dan Menulis Perkataan
5.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV
5.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KV
5.3 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV+KV
5.4 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KV
5.5 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KV
5.6 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK
5.7 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK
5.8 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVK
5.9 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVKK
5.10 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK
5.11 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK
5.12 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK
5.13 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVKK
5.14 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK
5.15 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVK
5.16 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK +KVK
5.17 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV +KVKK
5.18 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
5.19 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf
5.20 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi vocal berganding
5.21 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi konsonan bergabung
5.22 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi kata imbuhan

6.0 Membaca Rangkai kata
6.1 Membaca rangkai kata
7.0 Membina dan Menulis Rangkai kata
7.1 Membina dan menulis rangkai kata

8.0 Membaca Ayat
8.1 Membaca ayat tunggal
8.2 Memahami ayat tunggal yang dibaca
8.3 Membaca ayat majmuk

9.0 Membina dan menulis ayat tunggal
9.1 Membina ayat tunggal berdasarkan pola ayat dasar  FN+FN) (FN+FK) (FN+FA)(FN+FS)
9.2 Menulis ayat tunggal