Tahukah cikgu-cikgu dan ibubapa apa itu linus dan peranannya terhadap
kita dan anak-anak? Disini saya telah mengambil teks daripada KPM dalam Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Program Literasi dan Numerasi untuk kita
berkongsi bersama-sama.
Panduan Dan
Pengoperasian
Program Literasi
Dan Numerasi (LINUS)
Latar
Belakang
Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Muhyiddin
bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key
Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi
masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai
program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program
kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangan lebih teliti dan
sistematik.
KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum
persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun
2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program
LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan
khas).
Mentakrifkan
Asas Literasi Dan Numerasi
Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan
dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan
takrifan UNESCO).
Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun
nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti
menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam
operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan penanda aras dari Amerika
Syarikat dan Kanada).
Strategi
Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi
Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan
numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama untuk meningkatkan tahap literasi
dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:
Proses Saringan
Saringan
dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan mac, jun dan september bagi
membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan.
Murid
tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khas.
Modul Pengajaran Dan Pembelajaran
Modul ini
berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi dan
numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi
secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan.
Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan
kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.
Pengukuhan Amalan Pedagogi
Menyedari
kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi, latihan guru
secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan padagogi
serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran secara berkesan.
Membina Komitmen Bagi Semua Pihak Berkepentingan
Program
dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, Ibubapa, persatuan guru dan orang ramai
bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan
program LINUS.
Memantau Dan Menyelia
Pemantauan
dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah untuk
mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya melakukan proses
penambahbaikan.
Fasi LINUS Di Peringkat Daerah
Merupakan
pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasi dan
numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih
dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan
strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu
khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai
pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya.
Objektif
- Menggariskan bidang tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran yang ditetapkan iaitu 100% murid tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.
- Memastikan pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) dapat diselaraskan di seluruh negara berdasarkan strategi-strategi yang telah ditetapkan.
- Memberi kefahaman dan meningkatkan motivasi kendiri dalam pelaksaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS).
- Memastikan semua pihak akur kepada garis panduan yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment