Sunday, November 4, 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
LINUS (LITERASI)
Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Malaysia Tahun 1 Murni
Tema / Tajuk
Keluarga Huda
Masa
8.15 – 9.15 pagi
Kemahiran
4.1 , 5.1
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca lancar dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.
2. Membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan betul.
Aktiviti
1. Murid menyanyikan lagu Ibu Bapa Saya mengikut rentak lagu ‘Burung Kakaktua’.
2. Murid menamakan gambar yang dipamerkan oleh guru.
3. Murid mencerakinkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka secara kelas, kumpulan dan individu dengan betul berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
4. Murid melakukan latih tubi mengeja dan membaca perkataan suku kata terbuka secara kelas, kumpulan dan individu.
5. Murid membina dan menulis perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru.
EMK
Nilai murni - bekerjasama
Bahan Bantu Mengajar
Komputer, slaid power point, gambar-gambar tunggal, kad gambar, lembaran kerja.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Murid dapat membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.
Refleksi
·         25 daripada 30 orang murid dapat membaca dan membina perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.
·         5 orang murid terus dibimbing supaya dapat membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.

No comments:

Post a Comment